ROUND 1
1. Permulaan
Guru pelatih aktiviti pertama sedang menerangkan aksi yang perlu dilakukan oleh para kawan nanti Contoh aksi yang perlu dilakukan - aksi itik berjalan |
Aktiviti 1: Warming Up
Apabila wisel ditiup, pelatih dikehendaki melakukan pergerakan binatang. Antara aksi binatang adalah seperti:- ketam
- itik
- harimau
2. Perkembangan
Guru pelatih kumpulan perkembangan sedang menerangkan peraturan aktiviti Tak sabar nak main ni.... ^^ Aku baling.... Aiya!!! Tak masuk pula ==''' Akhirnya, berjaya juga ^^ |
Aktiviti 2: Membaling
- Apabila muzik dipasang, pelajar dikehendaki mengeliling bakul.
- Apabila muzik berhenti, pelajar dikehendaki membaling pundi kacang ke dalam bakul.
- Aktiviti ini diulang dengan membaling satu pundi kacang pada kali kedua dan dua pundi kacang pada kali yang ketiga.
3. Kemuncak
Guru pelatih aktiviti 3 sedang menerangkan peraturan aktiviti- macam susah ni @@ |
Senoroklah game ni ~~~ Bagi aku... bagi aku bro~~~ Aiya... banyak budak sains ni... mana kau budak rbt??? |
Aktiviti 3: Galop
- Kawasan dibahagikan kepada 3 Zon iaitu Zon A, Zon B dan Zon C. Zon A merupakan pelajar lelaki, Zon B terdapat 2 orang pelajar dari 2 kumpulan berbeza manakala Zon C merupakan pelajar perempuan.
- Apabila wisel ditiupkan pelajar dikehendaki pass pundi kacang kepada ahli kumpulannya.
- Semua pelajar hanya boleh bergerak dengan aksi "galop" dan hanya boleh bergerak dalam laluannya sahaja
- Kumpulan yang berjaya membaling pundi kacang ke dalam bakul dikira pemenang.
4. Penutup
Jaga jaga pinggang ya ^=^ Sedapnya lagi "My Heart Will Go On" |
Aktiviti 4: Cooling Down
- Pelajar melakukan aktiviti cooling down dengan iringan muzik.
ROUND 2
1. Permulaan
Ahli kumpulan 1 sedang menerangkan peraturan aktiviti kepada semua peserta Guru pelatih lelaki tak sabar nak main dah~~~ Nak menang dah ^^V |
Aktiviti 1: Warming up
- Apabila muzik dipasang, pelajar dikehendaki mengeliling dalam bulatan.
- Apabila muzik berhenti, pelajar dikehendaki masuk ke dalam gelung yang diletak atas lantai.
- Sesiapa yang tidak berjaya masuk ke dalam gelung akan disingkir.
- Aktiviti ini diulang dengan mengurang bilangan gelung.
- Peserta yang dapat masuk ke dalam gelung pada akhir aktiviti dikira pemenang.
2. Perkembangan
Ahli kumpulan aktiviti 4 sedang menerangkan peraturan aktiviti Guru pelatih bersedia untuk menjalankan aktivit mengelecek |
Aktiviti 2: Menggelecek
- Pelajar bersedia di dua sisi.
- Apabila wisel ditiup, pelajar dikehendaki menggelecek dengan mengeliling skitel dengan sambil memukul bola dan pass bola kepada kawan di hadapan.
- Aktiviti dijalankan dengan menambah bilangan skitel.
Aktiviti 3: Menendang
- Pelajar dibahagikan kepada haiwan berikut:
- Gajah
- Tupai
- Harimau
- Kuda
- Katak
- Burung
- Arnab
- Monyet
3. Apabila wisel ditiup sekali lagi, pelajar dikehendaki menendang bola ke arah skitel.
3. Kemuncak
Dapat tak??? |
Aktiviti 4: Membongkok
- Kawasan dibahagikan kepada 2 Zon iaitu Zon A dan Zon B.
- Apabila wisel ditiupkan, pelajar di hadapan dikehendaki membaling pundi kacang kepada pelajar dibelakang dengan membongkokkan badan.
- Pelajar di belakang pula perlu membaling pundi kacang ke dalam bakul di belakangnya.
- Pelajar dikehendaki membaling semua pundi kacang ke dalam bakul.
- Selepas menyelesaikan aktiviti di Xon A, pelajar akan bergerak ke Zon B.
- Di Zon B, pelajar di hadapan dikehendaki menggolek bola sehingga menyentuh skitel dengan membongkok badannya.
- Jika tidak berjaya, pelajar dikehendaku mencuba lagi sehingga berjaya.
4. Penutup
Pelan Aktiviti Cooling Down |
Aktiviti 5: Cooling Down
- Pelajar bergerak bebas di dalam kawasan yang ditetapkan.
- Apabila kad merah ditunjuk, maka pelajar tidak dibenarkan bergerak.
- Jika kad kuning ditunjuk, pelajar dikehendaki melangkahkan kaki kanan ke depan.
- Jika kad hijau ditunjuk, pelajar terus bergerak bebas.
- Sesiapa yang tidak patuhi peraturan akan didenda.