**KaMi BuDaK rBt**

Wednesday 11 July 2012

Rancangan Pengajaran Harian Pergerakan Asas 5 Julai 2012

ROUND 1

1. Permulaan

Guru pelatih  aktiviti pertama sedang menerangkan aksi yang perlu dilakukan oleh para kawan nanti

Contoh aksi yang perlu dilakukan - aksi itik berjalan

Aktiviti 1: Warming Up

Apabila wisel ditiup, pelatih dikehendaki melakukan pergerakan binatang. Antara aksi binatang adalah seperti:
  • ketam
  • itik
  • harimau

2. Perkembangan


Guru pelatih kumpulan perkembangan sedang menerangkan peraturan aktiviti

Tak sabar nak main ni.... ^^

Aku baling.... Aiya!!! Tak masuk pula =='''


Akhirnya, berjaya juga ^^

Aktiviti 2: Membaling

  1. Apabila muzik dipasang, pelajar dikehendaki mengeliling bakul.
  2. Apabila muzik berhenti, pelajar dikehendaki membaling pundi kacang ke dalam bakul.
  3. Aktiviti ini diulang dengan membaling satu pundi kacang pada kali kedua dan dua pundi kacang pada kali yang ketiga.

3. Kemuncak

Guru pelatih aktiviti 3 sedang menerangkan peraturan aktiviti- macam susah ni @@
Senoroklah game ni ~~~

Bagi aku... bagi aku bro~~~

Aiya... banyak budak sains ni... mana kau budak rbt???

Aktiviti 3: Galop

  1. Kawasan dibahagikan kepada 3 Zon iaitu Zon A, Zon B dan Zon C. Zon A merupakan pelajar lelaki, Zon B terdapat 2 orang pelajar dari 2 kumpulan berbeza manakala Zon C merupakan pelajar perempuan.
  2. Apabila wisel ditiupkan pelajar dikehendaki pass pundi kacang kepada ahli kumpulannya.
  3. Semua pelajar hanya boleh bergerak dengan aksi "galop" dan hanya boleh bergerak dalam laluannya sahaja
  4. Kumpulan yang berjaya membaling pundi kacang ke dalam bakul dikira pemenang.

4. Penutup

Jaga jaga pinggang ya ^=^

Sedapnya lagi "My Heart Will Go On"

Aktiviti 4: Cooling Down

  • Pelajar melakukan aktiviti cooling down dengan iringan muzik.


ROUND 2

1. Permulaan

Ahli kumpulan 1 sedang menerangkan peraturan aktiviti kepada semua peserta

Guru pelatih lelaki tak sabar nak main dah~~~

Nak menang dah ^^V

Aktiviti 1: Warming up

  1. Apabila muzik dipasang, pelajar dikehendaki mengeliling dalam bulatan.
  2. Apabila muzik berhenti, pelajar dikehendaki masuk ke dalam gelung yang diletak atas lantai.
  3. Sesiapa yang tidak berjaya masuk ke dalam gelung akan disingkir.
  4. Aktiviti ini diulang dengan mengurang bilangan gelung.
  5. Peserta yang dapat masuk ke dalam gelung pada akhir aktiviti dikira pemenang.

2. Perkembangan


Ahli kumpulan aktiviti 4 sedang menerangkan peraturan aktiviti

Guru pelatih bersedia untuk menjalankan aktivit mengelecek


Aktiviti 2: Menggelecek

  1. Pelajar bersedia di dua sisi.
  2. Apabila wisel ditiup, pelajar dikehendaki menggelecek dengan mengeliling skitel dengan sambil memukul bola dan pass bola kepada kawan di hadapan.
  3. Aktiviti dijalankan dengan menambah bilangan skitel.

Aktiviti 3: Menendang

  1. Pelajar dibahagikan kepada haiwan berikut:
  • Gajah
  • Tupai
  • Harimau
  • Kuda
  • Katak
  • Burung
  • Arnab
  • Monyet
2.  Apabila wisel ditiup, pelajar dikehendaki mengeliling skitel kecil untuk mencari makanan haiwan yang mereka wakili.

3. Apabila wisel ditiup sekali lagi, pelajar dikehendaki menendang bola ke arah skitel.


3. Kemuncak

Dapat tak???

Aktiviti 4: Membongkok

  1. Kawasan dibahagikan kepada 2 Zon iaitu Zon A dan Zon B.
  2. Apabila wisel ditiupkan, pelajar di hadapan dikehendaki membaling pundi kacang kepada pelajar dibelakang dengan membongkokkan badan.
  3. Pelajar di belakang pula perlu membaling pundi kacang ke dalam bakul di belakangnya.
  4. Pelajar dikehendaki membaling semua pundi kacang ke dalam bakul.
  5. Selepas menyelesaikan aktiviti di Xon A, pelajar akan bergerak ke Zon B.
  6. Di Zon B, pelajar di hadapan dikehendaki menggolek bola sehingga menyentuh skitel dengan membongkok badannya.
  7. Jika  tidak berjaya, pelajar dikehendaku mencuba lagi sehingga berjaya.

4. Penutup


Pelan Aktiviti Cooling Down


Aktiviti 5: Cooling Down

  1. Pelajar bergerak bebas di dalam kawasan yang ditetapkan.
  2. Apabila kad merah ditunjuk, maka pelajar tidak dibenarkan bergerak.
  3. Jika kad kuning ditunjuk, pelajar dikehendaki melangkahkan kaki kanan ke depan.
  4. Jika kad hijau ditunjuk, pelajar terus bergerak bebas.
  5. Sesiapa yang tidak patuhi peraturan akan didenda.

Tuesday 10 July 2012

Pergerakan Asas 2 Julai 2012

Pensyarah sedang menunjukkan cara melakukan "warming up"...
Pertama sekali, guru pelatih dikehendaki bergerak 4 langkah ke kanan...


Kemudian, guru pelatih juga bergerak ke depan dan belakang...


Guru pelatih melakukan warming up dengan iringan muzik....


Bahagian Perkembangan- Melambung pundi kacang kepada kawan di belakang~~~


Aktiviti Perkembangan Kedua- Monkey akan cuba menangkap pundi kacang semasa dua kawannya melambung antara satu sama lain @@

Aktiviti Perkembangan Ketiga -  Seorang akan menjadi "monkey" di tengah bulatan... Guru pelatih hanya dibenarkan melambung pundi kacang kepada kawan di sebelah kanan dan kiri sahaja... Monkey akan cuba menangkap pundi kacang!!!


Aktiviti Kemuncak- Kawasan dibahagikan kepada 3 Zon iaitu Zon A, B dan C. Setiap zon mempunyai 2 orang ahli dari setiap kumpulan. Di Zon A dan Zon C terdapat 2 orang pengjaga gol. Ahli kumpulam akan melambung bola kepada ahli kumpulannya. Mana-mana satu kumpulan yang berjaya melambung bola kepada penjaga gol akan diberi markah. Pemain hanya dibenarkan bergerak dalam Zon sendiri sahaja...

Aktiviti Penutup- Pensyarah menunjukkan cara melakukan "cooling down". Guru pelatih dikehendaki menyentuh Head> Shoulder> Knee> Toe dengan iringan muzik ~~~