**KaMi BuDaK rBt**

Monday, 13 August 2012

Ujian Amali Pergerakan Asas - Komponen Lokomotor dan Bukan Lokomotor dengan Alatan

Ujian Amali Pergerakan Asas Komponen Lokomotor dan Bukan Lokomotor dengan Alatan

Ahli Kumpulan:

Individu A: Nurdalila Binti Ahmad Shukri

Individu B: Meilthrista Michael Poudi

Individu C: Tan Chiew Shan

Individu D: Huang Ji Xiang

Individu E: Mohd Abdul Aziz Bin Azmee

Tarikh: 13/8/2012

Masa: 11.30 - 12.30 tengah hari

Tempat Gimnasium IPG Kampus Perlis

Pergerakan 1: Bukan Lokomotor

Berdiri dan kaki dibuka luas sambil menggolek gelung di atas lantai.
Add caption

Pergerakan 2: Lokomotor

Berjalan ke depan dengan pasangan sambil memutar gelung melalui seluruh badan.

Pergerakan 3: Bukan Lokomotor

Berdiri menggunakan sebelah kaki ke depan, sebelah kaki ke belakang sambil melambung gelung kepada pasangan yang melutut di atas lantai.


Pergerakan 4: Lokomotor

Melompat ke sisi sambil melontar pundi kacang kepada pasangan.

Pergerakan 5: Bukan Lokomotor

Duduk kaki dibuka luas di atas peti lombol sambil menghayun badan ke depan dan belakang sambil mengimbang pundi kacang.



Pergerakan 6: Lokomotor

Menggelungsur menggunakan punggung ke depan dengan kaki dan tangan sambil menggolek bola.


Pergerakan 7: Bukan Lokomotor

Berdiri bersilang sambil mengilas badan dari kiri ke kanan sambil memutar bola lalu melambung bola kepada pasangan.

Pergerakan 8: Lokomotor

Lompat ketingting sambil mengelecek bola dengan menggunakan sebelah tangan.

Pergerakan 9: Bukan Lokomotor

Duduk di atas sebelah kaki sambil sebelah kaki melunjur ke tepi sambil melantun bola kepada pasangan.

Pergerakan 10: Lokomotor

Berjalan sambil menggelecek bola menggunakan sebelah kaki melalui skitel.

Pergerakan 11: Bukan Lokomotor

Meringkuk dan meregangkan badan dengan duduk di atas lantai sambil melambung gelung kecil ke di bahagian  pasangan belakang.

Pergerakan 12: Lokomotor

Berjalan naik dan turun bangku sambil memutar gelung menggunakan kedua belah tangan.


Pergerakan 13: Bukan Lokomotor

Mengimbang badan dengan mengangkat sebelah kaki ke belakang sambil memutar gelung.

Pergerakan 14: Lokomotor

Merangkak melalui tangga sambil menggolek bola.

Pergerakan 15: Bukan Lokomotor

Berdiri dengan kaki rapat dan mengangkat kedua belah tangan ke sisi sambil menendang bola kepada pasangan.

Pergerakan 16: Lokomotor

Skip melompat sambil melambung bola ke atas lalu menyambut.


Pergerakan 17: Bukan Lokomotor

Duduk dengan kaki bersilang sambil melambung pundi kacang ke sebelah tangan lalu kepada pasangan.

Pergerakan 18: Lokomotor

Galop di atas lantai sambil melontar gelung kecil kepada rakan.

Pergerakan 19: Lokomotor

Berlari lalu melonjak di atas papan ajal sambil melambung dan menyambut bola.

Pergerakan 20: Bukan Lokomotor

Membongkok dengan kaki dibuka luas sambil menggolek bola di atas lantai kepada rakan yang membongkok di belakang.

Friday, 3 August 2012

Kategori dan Jenis-jenis Permainan Kanak-kanak


Kategori dan Jenis-jenis Permainan Kanak-kanak

 

Kategori Permainan Kanak-kanak

 

Pada tahun 2004, Webb dan Pearson telah mengkategorikan permainan kepada empat kategori utama iaitu:
oSasaran (Target)
oPukulan/ Padang (Striking / Fielding)
oJaring/ Dinding (Net/ Wall)
oSerangan/ Kawasan (Invasion)
 

 

Sasaran (Target)

 

Menempatkan objek pada sasaran atau mendekati

 sasaran untuk mendapat mata.

Contoh: bowling, archery, golf

 



Bowling



Archery



Golf

 

Pukulan/ Padang (Striking/ Fielding)

  •  Jenis permainan yang dilaksanakan dalam kumpulan yang melibatkan dua pasukan / dua pihak.

  • Satu pasukan disebut sebagai pasukan ‘striking’ dan pasukan lawannya disebut pasukan ‘fielding’.

  •  Pasukan ‘striking’ yang akan bertindak untuk memperoleh / mengumpul mata sedangkan pasukan  fielding’ yang akan bertindak cuba menghalang pasukan lawannya memperoleh / mengumpul mata.

  • Mata yang diperoleh / dikumpul melalui larian yang selamat dan berjaya selepas membuat pukulan dalam masa atau pusingan yang ditetapkan.

  • Contoh : baseball, softball, cricket

 



Baseball

Handball

Cricket

 

Jaring/ Dinding (Net/ Wall)

  • Permainan dimainkan antara jaring atau atas dinding.
  • Mengumpul mata melalui menghantar objek ke gelanggang pihak lawan dengan syarat objek tersebut tidak dapat dihantar balik dalam kawasan gelanggang.
  • Contoh: badminton, squash, table tennis.





Badminton



Squash

Table tennis
Serangan/ Kawasan (Invasion)

  • Permainan dilaksanakan dalam secara perseorangan atau berpasukan.
  • Berusaha menyerang untuk memasuki kawasan pihak lawan bertujuan untuk memperoleh mata.
  • Kawasan sendiri disebut sebagai kawasan bertahan; berusaha menyekat pasukan lawan memasukinya bertujuan untuk memperoleh mata.
  • Contoh: soccer, basketball, handball

Soccer

Basketball
Handball

Tujuan Mengkategorikan Permainan

  •  Setiap permainan dalam kategori yang tersebut mempunyai sifat dan peraturan yang mirip atau seiras.
  • TGfU bertujuan untuk menggalakkan palajar-pelajar melibatkan diri dalam pelbagai permainan.
  • Setelah mempelajari salah satu permainan dalam satu kategori, pelajar akan memperoleh pengetahuan asas atas peraturan, kemahiran dan taktik dalam kategori tersebut.
  • Oleh itu, pelajar akan bermampu untuk menyertai permainan lain dalam kategori yang sama.